Monday, April 16, 2012

Masih Sama


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.

Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Hakikat yang mungkin sangat sukar untuk kita terima, tetapi tetap perlu diterima...Apa yang berlaku tetap berlaku...Sama seperti aku malam tadi, perancangan aku utk hari ini adalah berbeza dgn apa yg terjadi dan aku mungkin sangat terkilan dengan mereka yang bersedia membantu aku untuk menghabiskan kerja yang tertangguh hampir enam bulan ini, bila last minit mereka berkata TIDAK pada aku...hampir terduduk dan menitiskan air mata aku semalaman, kerana aku benar2 perlukan bantuan mereka bagi menyelesaikan sesuatu...titipan seorang teman mengembalikan aku kepada realiti sebenar, itupun sesudah subuh tadi mampu berfikir dengan akal.."belajar la bergantung sepenuhnya kepada Allah, bukan kepada manusia, semoga Allah membantu"..maka aku mohon di tunda apa yg sepatutnya berjalan minggu ini...semoga kami berada dlm lindunganNya..


Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah aku, bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa...(huhu kdg2 aku buat juge)

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha… Kita sudahpun beruasaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi? Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Whoaaa Faridahanim...berkata-kata itu mudahkan, tp setiap kali ujian datang setiap kali juga air mata aku menitis laju..hehehe takpe la tu terapi aku untuk bertenang...

Sesekali bertanya, menjadi insan terpilih merasai mehnahNya, membuatkan aku jadi sangat lemah, dan setiap kali memotivasi diri Alhamdulillah bergerak setapak ke hadapan..kdg2 aku perlu berundur setapak, supaya aku berfikir yang terbaik untuk org lain apatah lagi utk diri sendiri...jadi aku berdoa semoga org di KL esok berjaya...aku tidak dapat hadir esok...esok aku akan bergerak setapak ke belakang, meminta sedikit ruang supaya aku boleh berlari laju pada minggu hadapan...Ya Allah izinkan lah perjuangan aku selama hampir setahun ini selesai dengan sempurna...aku penat menghitung mehnah sedangkan selautan pemberianNya telah aku miliki selama ini...itu tanda Allah sentiasa sayangkan aku, sebab itu aku di uji..huhu InsyaAllah aku akan kuat...

Alamakkkk...kul 7.40, mandiiiii nak g skolah kelas tambahan perdagangan form 5...hurmmm harap2 anak2 aku yg 7 org ni akan berjaya cemerlang dunia akhirat wpun, slalu bikin tekanan darah cikgu jadi tinggi....ehhe Assalamualaikum

No comments: