Tuesday, July 24, 2012

tinkin bout memory


Assalamualaikum dan selamat malam……heheh kerajinan di malam2 hari menarikan jemari di keyboard yang ada habuk sket nih…hahaha pemalas tul nak lap ek..Alhamdulillah, dah selamat semua orang berbuka puasa untuk hari ke-4 dan malam ke lima nihh….dan kat area umah aku nih meriah terawihnya..maklum ler, yang tua2 lagi ramai dari yang muda, mana tak meriahhh macam2 menda blh dengar bila dorang bersembang…ulpsss bukan mengumpat ek, Cuma cite2 dongeng rakyat jek…

Dua hari ni kat skul metin ngan taklimat jer…penat tapi aku tak dapat focus pun….baru tau my principal ada mention nama aku masa tgh cite pasal kes perdagangan aku tu…hehe punya la semangat bersembang, tak pasan dunia lain pun…tadik pun sama, aku buat lagi perangai semalam…sah la, masa bulan pose aku mmg takleh dgr mesyuarat, kije aku wat kang, nak nyembang ajer…huhuhu sowi la yer

Baru jer berbual dgn sahabat lama, sejak masing2 bawa diri mencari rezeki mmg lama giler kitorang tak jumpe…dulu zaman kecik2 sama2 jalan kaki nak g sklh agama ptg2 (ermm jalan kaki ke naik basikal ek??)….tgk mood, kdg2 nak jalan kaki kitorg jln kaki, klu nak ponteng skolah nak balik tgk “Moero Attack” “Gaban” “Satria Baja Hitam” ke “Dewi Sakti” ked an ntah macam2 cite yang mengganggu minda kitorang time kat skolah agama dulu, so kitorg akn nek beskal…reason dia…heheh senang nak melarikan diri balik ke rumah nk tgk tv….time rehat kul 4.30 jek, kitorang mencabutkan diri balik, sampai one day Arwah Ustaz Muhaillid (ustaz terbaek aku yg sgt penyayang yg ajar kitorg tauhid smpi aku grad darjah 6 la) dtg la tanye apsal tiap2 ptg hilang manjang, nak2 kalau time class bahasa arab ngan fiqh….kihkihkih…bukan tak sayang kat ustaz rusli tu, tapi jiwa budak2, tgh semangat lagi nak bersukaria…sampai mak aku libas ngan getah paip la masa aku duk atas pokok rambutan intai2 tv dlm rumah nk tgk cite tuh…..dpt pulak adik yg sporting tlg bukakkan chanel akk kesayangan dia nih…hikhikhik

Kalau sebut pasal sklh agama mmg kerenah tak pernah abes kat sana…rindunya pada laksa ngan kuih karipap yang ummi buat, dan hobi kitorang tiap2 petang bila balik sklh singgah kat tepi padang bola, tgk org men bola then jalan senyap2 ket kat dusun tepi tu, menciluk air kelapa muda ketua kampung aku dulu…..sampai xde buah la kelapa tu kitorg buat…..blh lak buat sume sendirik tu, panjat sendiri, pecahkan kelapa ngan mkn isi dia ketuk kat pangkin tepi pokok tu aje….haiyaaa sgt kritikal dulu…tu belum cite melepak kat kebun belakang umah yana, makan buah-buahan tempatan kat dusun Pak D___....lagi teruk, sampai terpaksa nyorok kat dlm longkang berair kt tepi kubur tu la dulu kitorag nih….huhuhu kalau mak aku tau, mau kena libas lagi tu….tu hobi paling tak leh lupa dan saban hari yg kitorg buat masa pegi dan balik sklh agama…..kihkihkih geng2 sume nakal2 belaka….tapi tu dulu, zaman lum cukup umur, baru darjah 4 ngan 5, nakal sangat lg…tapi kitorg dh mintak maaf kat tuan2 dusun tu, terutama tuan dusun kt kubur tu, dia senyum jer masa kitorg mintak maap tem raya tu, dh sklh menengah baru berani mintak maaf…, lum kira nasi lemak kat kedai pak cik ripin yang kitorang amek, maklum la kedai tu jarang ada org nk jaga, amek nasik lemak dia yg mmg terkenal sedaonya dulu, bwk g skolah, makan dgn riang rianya….tapi tak bayar masa amek tu, esok lusa dtg kedai tu lagi tinggalkan duit kat tepi meja tu, konon2 kitorang bayar utang la….owh2….nakal berhemah lagi laa ktorg dulu, hahah rindunya zaman dulu2….

Tak sangka pulak, malam2 ramadhan ni mengimbas kenangan kami bersama lebih 20 tahun dulu…huhuhu tgk angka dh sangat banyak tu, dulu masa menulis di sekolah tak pernah guna jarak umur yang besar tu…..apapun semoga kami semua bahagia walau dimana sahaja kitorang berada….jarak yg sgt jauh tak akan pernah memisah persahabatan yang terbina sekian lama….seperti mana kerinduan kepada mak, abah, abg dan adik2 ku, begitulah kerinduan kepada mereka yang pernah hadir dalam hidupku sepanjang usia ini…..time2 puasa ni bila terpandang parut kat tepi dahi nih teringat adik aku yang tolong cucuhkan bunga api dia kat kepala aku nih, dia jugak yg tolong cucuhkan kat perut dik ja’a aku tuhh…hehe semuanya memori…”kenangi yang dulu, hargai yang sekarang, kerana ianya sukar di ulang”…..Selamat Berpuasa…muahhhhh

Monday, July 23, 2012

Malam Ke-4 Ramadhan


Camat malammm…hurmmm baru menyiapkan account client haku nihh..dah lama beralasan dgn dorg, dan malam ni Alhamdulillah, siap punnn, blh la bilk an kat dia then fikir2kan nak beli apa yer kat Jusco nanti..ngeh3…Pulang dari sekolah tadi selesaikan apa yang patut sebentar dan duduk menhadap lappy tersayang aku nihh…dan najihah pun menelepon haku dgn suara yg geram, ntah apa yg nak dia cite, nyampah aku, cuber cite terus, takdelah aku saspen jekk

Takpelah, hal sekolah gamaknya…..ehhehe dah kat umah juz pikirkan hal sendiri jer ek…Ulpss terlupa, Alhamdulillah ada duit raya yang bakal diterima, semoga rezeki pemberinya makin melimpah ruah kerana mengeluarkan wang sendiri utk diberikan kepada kami berlima….mungkin tidak setimpal apa yang kami usahakan tapi bersyukurlah rezeki tu tetap ada, dan nak sedapkan hati dgn kak nani tadi, kitorang ckp, “mungkin rezeki kita lg byk lepas ni kot compared ngan org lain, deme dh bagi pun kira Alhamdulillah dh” heheh dan dialog yang sama kuar dr mulut kitorang, hahhaa jeng3 destinasi sama utk sopin raya..hehhe maklumlah dia dh survey brg ngan si raihan tu rupanya…ceh lupakan haku ek..anyway tq once again..

Erm nak cite apa ek…heheh hari ni Cuma menjadi pemerhati sekeliling, sesekali mendengar suara2 burung berkicau…adakalanya suara itu menyakitkan, tapi kita diamkan saja kerana malas membalas…mungkin mereka tidak perasan perkataan yang keluar dari mulutnya mengguris hati kita, tapi kerana senyuman yang kita lemparkan, dia tidak perasan yang kata2nya terkesan pada hati kita…biarlah tindakan refleks kot, tapi pd aku dalam maknanya…



Sesekali melihat kerenah teman disini, pelbagai ragam ceritanya…dengan anak2 didik yang berjuta kerenahnya, kadangkala mencuit hati kita walaupun ada seketika melukakan kita…hehhe biasalah lukisan kehidupan kan, meriahkan dengan pelbagai warna pelangi..tapi kadang2 tanpa sedar kita membuatnya kecewa dan terluka, menjadi pemerhati kadang2 membuat aku terasa kesakitannya, then aku luahkan pada yang memahaminya…hehehe…

Kenapa masih wujud perbezaan? Terfikir sesuatu ketika menjamah juadah berbuka, kadang-kadang perkara remeh boleh menjadi satu isu diminda ini….bukan apa, aku takde masalah, kau buat camne pun aku luka sikit pun tidak, Cuma sesekali melihat reaksi sang teman, aku tahu dia terkilan…Cuma tidak diluahkan……dan aku sendiri melihat telatah mereka, ya itulah skrip yang diceritakan kepadaku, sama seperti yang aku lihat dan dengar….tak berubah…entah laaa, sepatutnya ramadhan mengubah sesuatu, tapi kita tunggulah, mungkin ada sedikit keajaiban, jika tidak anggaplah tiba masanya nanti mereka membuat kita jadi lebih kuat ataupun mereka yang tersedar sendiri…toink3

Pada aku simple, yeah aku mmg outspoken, apa yg aku rasa aku nak luahkan aku akan bgtau, marah aku tunjuk, gembira apatah lagi….Cuma bila kita jadi manusia, apa yang kita cakap dihadapan kita, biarlah sama dengan dibelakang kita…..jangan pula di hadapan kita memberi senyuman, tapi bila di belakang kita, ludahan yang mereka hulurkan…..dan itu lah manusia yang kita ramai jumpe di bumi ini dari dulu hingga kini….sama2 belajar menjadi manusia sempurna…teringat kata kak azah dulu “ apa yang dia buat pada kita, kalau tak kena pada diri dia hari ni, mungkin anak2 dia yang akan merasanya nanti, tak payah risau”…masa tu baru dia teringat, “owh aku pernah buat ni pada si polan dulu” ..hehhe BINGGO..heheh jahat gue

Tuesday, July 17, 2012

Selamat Datang Ramadhan


Selamat datang Ya Ramadhan….saban tahun kami menunggumu, bukan kerana lepas Ramadhan itu Syawal, maka boleh la meloncat2 main bunga api menjelang hari raya…ehhe itu zaman dulu, zaman paleolitik sebelum mengenal betapa berharganya bulan ini…..

Lets check apa kelebihan Ramadhan untuk kita buat checklist dan perbaikinya sementara Allah beri peluang dan mampu menarik dan menghembus nafas dengan sempura di dunia ini…toink3

Hadis1
Nabi SAW bersabda,
” Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim no:233)

Hadis2 Nabi SAW bersabda,
” Sesiapa sempat bertemu Raadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah ” (HR Ibn Hibban)

Hadis3 Nabi SAW bersabda,
” Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan di malamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan,”
(HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Hadis4 Nabi SAW bersabda,
” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
(HR Muslim)

Hadis5 Nabi SAW bersabda
,” Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampun oleh Allah.”
(HR Bukhari)

Ermmm banyak lagi yang kamu semua pun tahu rite….Cuma masih lagi memerhati sekeliling, perancangan ingin berubah menjadi terbaik, tapi kadang2 masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya, maka kita sentiasa mengharapkan perubahan terutamanya dalam bulan yang paling baik dan doa mudah dimakbulkan Allah…

Terdengar perbualan hamba Allah ini, bukan sengaja nak dengar ek, tapi kalau dh diberi peluang dengar apa salahnya kan, sambil2 baca buku dapat juga kita iktibar dari perbualan tersebut….nama di rahsiakan kerana tuuutttt…heheh (kisah dari hati, dtg dlm mimpi je nih)



Soalan 1

Aku mendengar dia mengeluh “ Mengapa hati tetap rasa tak tenang”

Dan hati nakal aku ni pulak yg tolong jawab “ Kamu tu manusia yang tau berjanji, tapi tak berani nak tunaikan setiap janji kamu” hehehh jahat betoi

Tapi jawapan sebenarnya ustazah ckp “kamu jauh dari Allah, sbb tu tak tenang”

Soalan 2

Aku mendengar dia mengeluh “ Mengapa bila dapat duit jer taaakk pernah cukup?”

Dan hati sengal aku tlg jawab lagi “ Tu la, suka mainkan org, meminjam mcm arnab tapi masa membayar mcm kura2, buat2 lupa plak tu”

Tapi jawapannya ustaz ckp “ mungkin duit yg kamu terima dari sumber yg tak sepatutnya ataupun hak org lain, sbb tu berada sekejap jer dlm tangan kita”

Soalan 3

Aku mendengar dia mengeluh lagi “kenapalah susah sgt nk dpt projek skrg ni, wpun mcm2 usaha dh buat”

Dan hati aku yg mengada ni tlg jwb lagi “ Alahai….tu la suka ckp besar, sentiasa rasa diri tu baik aje, org lain selalu slh pada mata ko, ha kn dh Tuhan tutup rezeki ko”

Hehehhe tp jawapan sebenarnya “setiap anak adam itu telah Allah tetapkan rezekinya, bila ia bkn hak kita, dah atas tapak tangan pun blh jatuh kat org lain juge, usaha, usaha dan usaha”

Soalan 4

Aku mendengar dia mengeluh “kenapa aku tak mcm org lain, sume sempurna, tapi aku?”

Nakal lagi hati aku ni “ What u give, u get back”

Tapi jawapan sebenarnya “ Hehehhe hanya Allah Maha Mengetahui”

Soalan 5

Aku mendengar dia bertanya “ Hanim, kamu dgr ker apa yg dibincangkn ini”

Ngeh3….makcik menipu…” Ape lak, kan tgh baca buku nihh, apa lak nk dgr2, bknnya gossip best pun” hehehe

Dan begitulah kisahnya hari ini……cerita menjelang Ramadhan…Mohon maaf atas semua kesilapan samada sengaja mahu pun tidak aku sedari kepada kalian semua…aku insan biasa (cewahhh) Honestly, ye aku mmg minta maaf pd semua, mana tau ini Ramadhan terakhir utkku..Jika ada hati terguris, jika ada yg masih terasa dihati, jika masih ada marah yang tersisa, maaf sekali lagi…..ye, maaf itu senang utk kita ucapkan, lps buat salah mintak maap, alwiz mcm tu kan, dan selagi peluang itu diberikan, ambillah…jangan sampai tiada peluang langsung diberikan kepada kita hanya kerana keegoan dan sedikit terkilan yang masih bersisa di hati…mmg sukar memaafkan, tapi mari belajar, kerana aku sendiri belajar meminta maaf dan memaafkan walaupun ada sisa gurisan dihati yang mungkin tak akan terpadam utk selama-lamanya.

Selamat Berpuasaaaaa……nk menyiapkan autogarage account yg bank statementnya enth kat mana haku letakkk…huwaaa pikir la kat mana kamu simpan cik ida oiiiiiiiii, fee dia kamu blh beli kasut ngn henbeg raya..ngeh3

~~kisah lucu teladan~~



Kisah lucu yang patut dijadikan teladan..

"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah." Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil.

Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambiltersenyum.
"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah.

Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahlikeluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.

Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.

Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah saja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar-Rad Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar darirumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara-bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup-bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.

'Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.

'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.

'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.'

p/s: jadikan iktibar utk sama2 berubah...semoga kedatangan Ramadhan ini menjaadikan kita insan terbaik dunia dan akhirat

Wednesday, July 11, 2012

kadang kadang kita terlupa


Kadang-Kadang Kita Terlupa...........

Setiap hari kita di bangunkan dari tidur dengan sihat tubuh badan... sedar dari sebuah mimpi yang indah, kadang kadang membuatkan kita tersenyum sendirian... cuitan kenangan-kenangan indah yang lalu sudah cukup membuat kita bangun dengan sebuah ukiran senyuman... sehinggakan kadang-kadang kita terlupa siapa yang kurniakan kehidupan seterusnya pada hari itu dan hari-hari berikutnya....

Setiap detik kehidupan kita seringkali di temani oleh kawan-kawan yang menghiburkan, ada saja telatah kelakar mereka, tak kering gusi di buatnya... sehinggakan , kadang-kadang kita terlupa siapa yang menganugerahkan senyuman semanis itu dan perasaan riang ria itu...

Ada ketika kita rasakan kenikmatan yang di kurniakan adalah milik mutlak kita, sehingga kita takut kehilanggannya... tetapi , kadang-kadang kita terlupa , dari mana datangnya nikmat-nikmat kehidupan itu... sehinggakan kita terlupa bersyukur diatas kurniaan itu.

Kadang-kadang kita marah kepada orang yang tidak berlaku adil kepada kita... apa yang kita nak, tak diberinya, padahal orang lain semua dapat... " mana aci " ... dalam masa yang sama , kita juga tak belaku adil pada diri kita sendiri dan pencipta yang esa... sehinggakan kita terlupa marah pada diri sendiri.

Kadang-kadang kita terlupa,
kita jauh daripada Allah,
lalai dalam menjaga hubungan kita denganNya.
Sebab itu jangan ditanya kenapa kita lemah saat derita menimpa,
kerana kita rasa bantuan itu tiada daripadaNya.
Ubatnya adalah mendekat.
Biarlah dahi kepada bumi melekat.


kadang-kadang,
Allah berikan kita kekurangan,
untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.

kadang-kadang,
Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,
untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.
memang sengaja,
Allah memilih kita.
kita yang tak punya itu dan ini,
dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.

kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian kekurangan,
Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

dan kadang-kadang,
yang melukai hati,
bukan kekurangan yang kita miliki,
tapi,
keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
menghiris hati.

namun,
kadang-kadang,
kerana terbawa emosi,
kita lupa,
mereka juga adalah ujian.
bila kita mengaku redha dan ikhlas,
dengan ujian dan kekurangan,
maka adakah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,
akan membuat kita sakit hati,
membuat kita membenci dan berdendam

moga Allah mengampuni kita.
kita yang diuji.
dia yang mengeji,
dan kita yang mungkin terlanjur membenci.

(kredit to cik man...pinjam kata-kata kamu..hehe)


kadang-kadang juga aku terlupa...maaf semuanya keluarga, saudara serta rakan semua...aku hanya manusia biasa



kadang-kadang terlupa banyak perkara
hingga tercalar tutur bicara
kadang terlupa banyaknya masa
kerana terlalu banyak bekerja
hingga terabai banyak perkara
ada hati yang perlu dijaga
ada jiwa perlu dipelihara
cuma mampukah menguruskannya
dek kerana kekangan setiap peristiwa
kadang terlupa diri dah tua
masih mencuba perkara zaman muda
hingga sengal segala rongga
alamakkk tensi makcik bila badan letih gilaaa
huwaaaa....mahu rehat secukupnya
perlu cas tenaga untuk agenda seterusnyaaaaaa

Sunday, July 1, 2012

"Terpaksa....jalan akhir suatu permulaan"

Assalamualaikum dan camat malam...ngeh3...esok nak skolah, awat mata tak mau tutup nih...haiyaaa ni gara2 tido lena dipetang hari kerana hujan yg sgt la lebatnya td...heheh

Weekend yg agak bz...huhu setiap hujung bulan, weekend haku akn full ngn aktiviti diri sendirik...yg penting gembira..kalau kak lela i tu sebok benor ngn prgram kanak2 OKU nye, kome pn bz ngn mereka yg istimewa nih...pagi tadi setengah hari disana, bersama mereka, dan ada insan istimewa dimata aku disitu...bila aku berbual dgnnya dan dia sudah mampu membacakan sesuatu untk aku, aku pandangnya sambil tersenyum dan air mata aku yg senang sgt nk kuar ni pun mengalir bersama....kuang3, sedih nangis, gembira pun menangis...apa la cik ida ni..sengalllllllllllllll...sepanjang mengenalinya, ini lah hari pertama dia mampu membacanya dengan lancar, dan dia dengan excitednya bercerita dgn aku yang dia sudah pandai baca itu dan ini...mcm mana aku tak menangis gembira...terima kasih Ya Allah



Sepanjang setahun berada di kawasan ini, bersama mereka yg istimewa ini (walaupun pd pandangan masyarakat mereka biasa2 shj dan kadangkala dijauhi), tapi dihati aku yakin utk mencuba yg terbaik bersama mereka...tidak perlu menyisihkan mereka kerana kita tidak tahu betapa mungkin mereka istimewa di mata Allah berbanding kita yang selalu merendah-rendahkan martabat mereka...di sini aku belajar "Terpaksa...jalan akhir kepada suatu permulaan".

Aku bersama mereka ini dahulu, bukan kerana suka2 nk berada di sini, tapi lama kelamaan aku jatuh cinta dengan kebiasaan ini..mungkin kerana terpaksa, dahulu aku disini, tapi bila sudah lama di sini, bergaul bersama mereka dan familiy mereka aku faham sesuatu yg sgt berharga dlm mengenali nilai manusia....

sama spt student kite, awalnya mungkin kerana terpaksa mereka melakukan apa yg mereka tidak suka, tapi atas arahan kite mereka melakukn setiap hari, dan jika istiqamah di hati, insyaAllah mereka mampu berubah spt apa yg kita mahukan...sama seperti org yg dipaksa solat dan mengaji, mulanya dikerah dgn sehabis daya dan keringat, dan kerana takut mereka akn melakuknnya, dan selepas bbrp lama, mereka sudah biasa dgn apa yg terpaksa itu, mereka akan lakukan dgn seikhlas hati slps itu....dan apa yg aku alami hari ini dan mungkin seterusnya, adalah bermula kerana terpaksa...dan insyaAllah mereka yg bersama aku hari ini, adlh insan istimewa yg memulakan perubahan kerana keterpaksaan pd awalnya...dan Alhamdulillah permulaan kepada sebuah senyuman slps ini.....

Tahniah untk kamu semua.....jgn bimbang dgn persepsi org luar, selagi mereka mempunyai mulut,m mereka tidak akan mampu menutup mulut mereka....tak perlu malu mengaji bersama anak2 kecil walaupun usia kita sudah dewasa, tidak perlu malu bersolat menggunakan buku, asalkan kita masih mahu berusaha berubah menjadi baik...yakinlah, org yang memperkatakan kalian itu sebenarnya dengki dengan perubahan kalian, dan percayalah mereka sebenarnya tak mampu lakukan apa yg sedang kalian lakukan sekarang....yakinlah, semuanya bermula dengan dengan satu niat utk berubah menjadi yang terbaik dan insyaAllah kami akn sentiasa bersama kalian melalui hari-hari kalian walaupun sekadar hujung minggu bersama...jgn pedulikan kata2 org, kerana kita tak pernah hidup dengan pujian mereka, dan kita tidak akan mati dengan cacian mereka....cayok2...

semoga hari mendatang menyaksikan kebahagiaan utk kita semua...InsyaAllah

Ermmm...baru kul 11, ada semangat ke nk tgk final nnt...sejak jd cikgu nih dh tak gila bola mcm dulu, hehehe kalau tak mau tdo dlm class...dulu zaman jadik auditor, blh gak aku tito kt surau klu ngantuk...ehhe...ok mari bersama2 menjaga diri kite...dan utk org di kuantan, semoga berjaya esok pagi, moga perancangan Allah adlh yang terbaik utk kamu disana...InsyaAllah Aminn..