Monday, November 15, 2010

kasut ohh kasut

Dua minggu penuh percutian dalam hidup aku….dari laut china selatan di cherating Pahang, aku daki bukit Cameron highland pulak….dari kesejukan udara angin timur, mencari kedinginan udara yang penuh dengan oksigen nak isi paru-paru aku yg penuhh gas monoksida ni ha….hhehhe masih cuba mengisi rompong2 dicelah hati aku nihh…..berjaya la sket….hehe
Bila sebut pasal Cameron, aku teringat kasut kesayangan yang terpaksa berakhir disana…huhu mmg jodoh aku tak panjang ngan sepatu merah biru comel aku….dlm susah payah aku nk bersama dia..akhirnya terlerai di bukit tinggi sanun….huwaaaaa bad mood aku sekejap semalam…menitik air mata aku nak naik bas jalan2 ngan sume org smlm…redha la dengan apa yang Allah pinjamkan sementara kat haku tu……kuar airmata camno pun, x dapat jugak kembalikannya semula….huwaaaa
Bila pikir2 balik, banyak menda yg nk kena muhasabah balik….huhu dah macam housemate aku muhasabah diri lak…lps ilang kunci umah ngan laptop rosak, muhasabah sungguh cik wani kite tu…lps tu turn aku pulak pikir, mungkin kifarah atas apa sahaja perbuatan aku kot….ermm dalam sebulan nihh aku hilang dua barang kesayangan aku, dannn….entah laaa labuu
“Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).”
Sayyidatina Aishah pernah berkata, bahawa baginda Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
Dan ini lah yang cikgu belajar setakat hari ini….ermm cam lain macam cikgu idah ni skang, ulpss sejak berbaik ngan ustaz hamid nihh, den byk belajar ngan dio….hehehGPK HEM aku yang sempoii ni, byk ilmu dia, sikit sebanyak dalam gurau senda dia tu, ada teguran yg aku terima dengan hati yang sangat terbuka….heheh ….aiyooo tadik nk cite pasal kasut hilang jekk…ini yang aku tuliss..ermm lain macam tull nihh…ok adiosssss

No comments: