Saturday, September 8, 2012

~~untung laaaa jadik cikgu~~



Assalamualaikum...sihat semua ek? Heheee nak senyum setiap kali keluarkan atau dengar ayat kat atas tu " UNTUNG LAAA JADIK CIKGU"...mana taknya, kat skolah macam dah jadik trademark cikgu2 kat sini, asal bersembang jek or buat sumtin, tetiba ayat tu pun kuar...hahahhah...apa kes? ini sume gara2 cik engineer liyana kita yang tak sempat berfikir masa buat statement dulu kot....lawak lawak.....masa baca statement tu dulu, punya la bising cikgu2 ni kan...tapi siti nani lg best, baca blog tu, ngan blog yang balasnya, dgn nada yg cukup menarik....tapi ayat yg kitorg guna sekarang ni pinjam ayat seorang suami yg beristerikan cikgu...dia guna ayat "untung la bini aku cikgu"....kitorg ejas sket jek....

Aduyaiiiii....apa la yg nak dibising2kan dgn kije cikgu ni..hanya yg faham je tak akan komen banyak2....hanya yang berada dalam dunia perguruan dan berkeluargakan warga pendidik sahaja faham bagaimana tugas seorang guru itu....aku malas nak explain kat sini coz dah berjuta blog yang tolong jawabkan semua yang berkaitan dgn guru...itu sahaja...tapi agak2 la bila nak bercakap, jangan bandingkan setiap kerja dengan kerja yang lain...setiap kerja ada kekuatan, setiap kerja ada kelemahan....setiap orang yang diamanahkan pada kerja tersebut pasti ada kelemahan dia...begitu juga seorang guru..

ini asal kes cikgu rotan budak, dah kecoh satu mesia cikgu dera anak dia, bukan nak mendidik....bila kes ustaz rogol pelajar, dah bising seantero dunia, "tengok tu, cikgu pun blh makan anak murid, takde agama betoi, ustaz pulak tu, macam mana la blh jadik cikgu".....bila kes cikgu bising2 sket sbb banyak sgt kije yang pengkeranian diberikan, bising lagi satu mesia...kononnya cikgu ni manja bagi asal bagi kije jek, dah kuar kat TV, so kuar la ayat " dah malas nk buat kije berenti jer la jd cikgu, tak ikhlas langsung nk didik anak bangsa"....bila kes cikgu berintenet ke, ber BLOG ke, ber FB ke, dah bising, kononnya ckgu ni kijenya ngadap lappy jer, bukan nk buat kerja....bila kes gaji cikgu baru naik je sedikit kerajaan bagi, dah kecoh sume org, kononnya tak payah buat pelarasan pun tak apa, ckgu byk buat part time sana sini....hohohoo banyak lagi la dialog2 comel yang selalu kita dengar kan.....ermm hehee

owhh luper...ni bkn blog protes ok...tgh taip dlm keadaan tersenyum dan rasional, bkn tgh marah2 pun...lps kitorg baca ai tu yer marah, lps tu blh lak gelak2 coz ktorg anggap org yg berckp dn menulis tu akalnya tak panjang, mungkin dia mntk jadik ckgu tak dapat2 kan...heheh gurau jekk

ok pd aku simple jek, guru sentiasa diperhatikan...silap sket jek...zapppp kuar masuk tv paper dan mcm2 media la...jarang2 nk dgr org ungkit akauntan tu pukul anak dia sbb malas buat kije sklh, susah nk dgr lawyer tu libas anak dia sbb tido dlm kelas, sbb apa? sbb pagi2 mereka dh hantar anak ke sekolah utk dijaga oleh guru, kalau blh biar siap ada sukan smpi ptg, senang sbb apa, bila abes opis hour, dh blh amek anak kt skul, jimat duit bayor bibik kan...bila engineer rogol budak, kecohnya sehari jek, esok org dh lupa, xde pulak dgr ayat "xde agama agaknya engineer tu, sia-sia blajo tinggi2, bo***nya setinggi bangunan sekolah dia juga"...xde kan dgr ayat tu....bila org professional lain kena buat kije itu ini, xde plak bising2 masuk berita bagai sbb apa? sbb OTnya melimpah ruah masuk poketnya...bukan mereka tak bising, berbakul-bakul protes yg keluar dr mulut mereka, cuma tak sampai kt telinga org luar..bila org kije lain bertenet bagai blh, knp ckgu tak blh, masa tu jer la nk release tensen skjp, rehatkn otak, tambah input google sana sini carik info, karang kalau anak murid tanya ckgu tak dpt jawab, org luar kata "apa la ckgu ni, tanya soklan cikai pun x mampu jwb"..hehhe hello otak ckgu pn CPU yg blh save mcm2, kdg2 kena virus jugak, format dan perlu save ilmu baru...haiyaaaa cikai punyer issue lor...tiap 6 bln or setaon skali org yg kerja lain naik gaji, xde kecoh satu mesia, jadi jgn la bila gaji kami yg naik se"coit" ni di jadikn issue besar, kalau kira per"hour" 24/7 waktu kerjanya, tak mampu di nilai oleh setiap titis pelu mereka dgn apa pun....jangan la kerana sekali cikgu melakukan kesalahan, anda cop mereka terlalu rendah nilainya...

apa jua pekerjaan yang dilakukan, setiap bidang yang diceburi pasti ada masalah di dalamnya....kerana org yg menjalankan amanah kerja itu cuma manusia biasa, yang zahirnya di anugerahkan Allah tenaga untuk menjalankan tanggungjawab dimuka bumi ini sebagai khalifahNya...yakinlah, apa jua pekerjaan yang kita lakukan sekarang, adalah sebaghagian dari perancanganNya utk kita, tugas kita melakukan yang terbaik. Jika kita seorang peguam, sentiasalah martabatkan perjuangan Islam yang sering kamu perkatakan, jika kita seorang doktor, ikhlaskan hati melayan setiap pesakit yg menemui kita, jika kita seorang akauntan, sentiasa pastikan budaya kewangan kita dan kewangan org lain terjaga baik, hak kita bkn hak org lain dan hak org lain tetap bukan hak kita....jika kita seorang engineer, sentiasa pastikan tugasan yang kita laksanakan betul2 menepati kehendak setiap yg berharap, jgn harap poket tebal jek, kije suam2 kuku yo...hehhe (jgn marag kawan2ku yg engineer ek) korg lain aku tau doh "peel" korg....jika kita kije apa sekalipun, jalankan sesempurna mungkin apa yg telah kita pilih dan sebnarnya pilihan itu adalah yg terbaik utk kita wpun beban kerjanya MasyaAllah, tak terjangkau dek akalmu (bak kata Elyana...hahhaa)

Belajarlah jangan terlalu mencari kelemahan orang lain, kerana bimbang tak sempat nak duduk, Tuhan terus tunjukkan kelemahan kita pada semua orang...mengeluh itu fitrah manusia, mencari salah orang itu, keseronokan manusia tapi membantu manusia untuk mengatasi kelemahan mereka terlalu sukar...kalau boleh kita nak tengok orang lain jatuh maruahnya hingga terduduk mencium lantai, kalau boleh kita mahu hanya kita yang dipandang oleh org atasan kita, kalau boleh kita nak org lain tahu bahawa hanya kita sahaja yang pandai buat semua perkara.....aduyaiii susah-sudah la....masa untuk jadi org zaman jepun yang penuh hipokrit sudah berlalu, so bantu la org lain utk sama-sama naik dan berjaya, bukan menjatuhkan....kerana esok2 kejatuhan bangsa kita sendiri, kerana kebodohan bangsa kita menguruskan diri, dan pihak luar hanya bertepuk tangan melihat kita, sambil mengintai peluang mencari ruang menggantikan kita...ermmm entoh ler...

apa la yang kamu ngomelkan ni cik ida...heehee biasa la aku masa utk releasekan apa yg tersimpan kt kepala dan hati...ulpssss ni tgh berblog pada hari sabtu yer, masa cuti, bkn di skolah ek....nnt2 jadik isu lagi...hahhahah..ok utk rakan seperjuangan selamat menjadi pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat, martabatkan profession ini sehingga org luar tak mampu memperkatakan setiap inci kesilapan kita...owh teringat kata2 Dato Pengarah tadi, "setiap murid ada hak utk dpt markah 100% bagi setiap subjek yg diambilnya, maka tugas guru merealisasikannya" "guru salah jika anak murid gagal, tiada kesalahan diletakkan pada murid kerana kegagalannya"...yeah ayat terbaik yang para guru sentiasa terima...aku tak nafikan apa kata Dato' Pengarah tadi..cuma satu jawapan aku "murid berhak dapat 100% markah yg sepatutnya utk diri mereka, tapi jika mereka sendiri menafikan hak mereka, dgn malas berusaha, malas mengulangkaji, malas buat kerja sekolah, hak yang sepatutnya menjadi hak mereka wajar di ketepikan" SIMPLE...kejayaan hanya hak org yang ingin berusaha dan faham maksud keberkatan dari ilmu yang diberikan....

hohoho...untung la jadik cikgu kan....toink3 dan aku suka dgn apa yg aku buat wpun mcm2 yg org pertikaikan pd profession ni, anggap la, mcm burung2 yg berkicau jek...tak pun mcm ayam jantan berkokok, bangun ke tak bangun ke manusia dgn setiap bunyi kokokan dia tu, dia tetap berbunyi...kenapa? sbb tanggungjawab sudah dijalankan, cuma kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab shj diperlukan...okaiiii luv u..muahhhhh

No comments: