Sunday, May 20, 2012

POMPEI

Camat malam…niat dihati dari awal pagi tadi nak siapkan skema jawapan perdagangan dan prinsip akaun form 4 ngan form 5 aku. Tapi hari ni kemalasan tahap gaban melanda diri. Yang aku nak buat tengok tv, tengok tv dan tengok tv..dan kerja aku hari ni tengok “The firm” dan “Law & Order” dan layan CSI..(yg ni every week aku layan since 2005 lagi….gila CSI..ngeh3)

Baru abes melayan cite volcano dan aku belek2 file lama masa kije ngan Azuddin dulu….jumpe file related ngan volcano yang aku simpan dan tulis….erm..dulu salah satu cita2 aku nak jadik penulis, tapi kerana kemalasan dan kekurangan waktu (akibat siang malam mencatat nombor utk akaun dan audit shj) impian tu terpaksa aku lupakan..huhuhu..tapi tak pernah menyesal pun, kerana aku bahagia buat apa yg aku suka…hehehe

Okeii..lets talk about POMPEI..sebuah negara di Italy yang penuh dengan kecantikan landscape dan muka buminya…keindahan yang dicemari dengan perbuatan hina manusia ketika itu…penduduknya tak ubah seperti ummat Nabi Luth…jom go through cite dia ek…toink3

Mengikut para sejarahwan, Pompeii adalah antara bandar metropolitan yang maju daripada segi peradaban,senibina, budaya dan sosial di Itali. Akan tetapi, sangat mundur daripada segi moral dan agama.! Masyarakat Pompeii bergitu terbuka dalam mengamalkan cara hidup. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma masyarakat.
Apa yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD? Ulpsss ape plak AD tu kan? Ermmm AD ialah “Anno Domini” yg bermaksud “Tahun Tuhan Kita” kalau nk kira ermm tahun selepas kelahiran Nabi Isa..whoaaa sejarah sket ek…terror dr ckgu Tawarikh form 4..hahhah jgn marah Ajiji..hahhah


Okeysss…..Watak pentingnya ialah, Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam.

Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium.

Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut. Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi begitu mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.



Tiada apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuaan lain, ahli arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD.

Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Lut A.S di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.

Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan.

Dalam firman Allah swt:
Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.(Surah Maryam ayat 98)


Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan ramai cendiakiawan agama terpaku seketika. Berginilah agaknya harga sebuah kemodenan.



Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. SubhanaAllah. Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam. Kelaziman yang berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh Allah swt untuk memberi peringatan. Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Lut as dan Kaumnya, Nabi Saleh as dan Kaumnya dan banyak lagi Rasul-rasul lain…

Orait…esok nak skul…makanya, jika tidak mahu kesiangan esok, tidurlah Faridahanim…heheh awal lagi ek…AXN tgh show “The Firm” lagi…ok nak layan jap…tetiba aku melayan cite cenggini kan..ermmm mesti ada sebab kan….yup, nk mencari keadilan dlm dunia sekarang amat lah sukar, jadi kita perlu cara utk terbaik menyelesaikannya secara bijak, tanpa menyakitkan org lain..whoaaa blh ke org lain tak sakit? Sakit aku pun belum sembuh lagi nih…dan selepas ni aku akan rajin berjalan2 di mahkamah sbb nk tengok berapa ramai lagi penipu yang akan menang disana, dan berapa ramai lagi peguam Islam yang sanggup bersekongkol dgn mereka atas nama tanggungjawab dan duit…ok selamat malam semuanya..muahhhhh

No comments: