Friday, May 18, 2012

~~Kisah Keadilan Dunia....Ada Ke??~~


~~hari ini mereka membuat kami rasa begini~~
Assalamualaikum…Salam Penuh Rahmat untuk semua umat Muhammad di hari Jumaat yang sangat mulia ini. Moga semuanya berada didalam lindunganNya selalu. Amin..

Usai solat subuh tadi, aku terus bergerak ke hospital menyelesaikan urusan insan tersayang yang aku jaga sejak lahirnya kedunia…Selesai semuanya aku bergegas ke destinasi kehakiman, mahkamah dunia mendengar keputusan yang sangat menyakitkan hari ini. Maka hari ini, barulah aku faham tidak pernah ada keadilan dalam undang2 dunia kerana pemutusnya adalah manusia biasa seperti aku yg serba kekurangan. Dan aku mengerti huru hara yang berlaku did lm dunia ini, kerana ketidakadilan yang diberikan kpd mereka…sebab tu kite tgk demontrasi penyokong anwar Ibrahim di sana sini menentang kehakiman, kerana bukti itu boleh kita cipta….ulpsss aku bukan penyokong PKR ek, apatah lagi mana2 parti politik sbb aku berjuang utk mereka yg sepatutnya shj…


~~yeah-yeahhh kami berjaya menjadi penipuuuu~~

Tapi hari ni, Jumaat yang sangat mulia ni, aku dan kami (word yg sepatutnya keluar) merasa sangat teraniaya….titisan air mata kami hari ini kerana terkilan, kptsn yg diberikn berdasarkan fakta yang dicipta….Tahniah aku ucapkan kepada dua orang yang akan aku ingat sampai bila2…tahniah sgt2 kpd Dalina dan Khairul (pertama kali aku mention nama mereka dan kes disini) kerana kejayaan kamu menampilkan enam saksi palsu untuk kami. Demi Allah, enam saksi kamu tidak mengeluarkan kata2 yg benar sepanjang sesi biarpun selepas mereka mengangkat sumpah…apa sgt lah sumpah di mahkamah kan…ehhe dan demi tuhan selepas kptsn diberikan kpd kami hari ini, aku merasa teraniaya….dan ayat pertama yg aku keluarkan kpd Dalina aku maksudkan dari hati…”tahniah atas kejayaan kamu, tapi mulai hari ini, apa saja kesakitan yg kami rasa, kesusahan yg kami tanggung, org yg membuat kami rasa begini, akan merasai lebih berat dari apa yg kami hadapi, aku tidak akan redha pada kesakitan yg kamu berikan kerana 6 org yg memberikan ucapan palsu itu, dan setiap sen yg mereka ambil dari kami tidak aku halalkan sehingga kering darah mereka” aku tidak diajar berdendam, apatah lagi membenci sesama manusia…rakan2 yg kenal aku tau, marah aku selalunya tak akan lebih dari 3 hari….itu aku….tapi hari ini, demi Allah, aku tak membenci, aku tak berdendam, tapi hanya Allah yang tahu…dan hanya Allah yang mampu memberi Nur kpd mereka atas apa yg mereka lakukan…

Jadi hari ini, aku mempertikai suatu keputusan, cuma kami belajar redha pada ketetapan Allah. Mencari hikmah yang tersembunyi untuk kami. InsyaAllah, ada jalannya walaupun jawapan itu mengambil masa yang lama. Teringat perbualan dengan rakan seminggu yang lalu. “Malaysia mengamalkan undang2 cara Islam, setiap apa keputusan mesti berdasarkan Islam” dan aku balas “ Yup, undang2 Islam diperuntukkan disini, tapi pengamal undang2 itu sendiri yg tidak mengamalkan Islam itu sendiri.” Dia pandang aku dgn senyum yang nak tak nak aje, coz dia pengamal undang2, so dia akn menegakkan apa yg diusahakan. Cuma soalan terakhir aku kat dia yg xde jawapan “ S___, u tak takut ke kerja nih, sblh kaki u dh ke neraka, kalau u salah buat kptsn, u takkan mampu ubah semula” dia cuma diam…..dan hari ni, rakan dia menerima tempias penipuan manusia…..aku menangis….kami menangis….tapi takkan mengubah apa pun….tapi seperti yg aku bgtau tadi, mahkamah dunia takkan standing mahkamah Allah, jika hari ini kamu menganiaya kami, ia akan kembali semula kepada kamu…cepat atau lambat sahaja….dan petang tadi, aku mengintai data Bukit Aman, sebesar mana perkara yg kamu berlapan sembunyikan dari tatapan umum, jika tiba masanya Allah nk tunjuk, kamu akan merasainya…dan aku harap data tersebut tak dimanipulasi pihak berkuasa, kerana dunia materialistik sekarang mampu ditumpaskan dgn menggunakan duit shj, bukan lagi hukum yg berlandaskan Quran…..walaupun apa yg kamu berikan kepada kami hari ini, tak mampu ditarik balik, kami maafkan kamu, tapi seperti apa yg aku katakan awal tadi, kesakitan kami rasai, akan kamu rasai lebih dr yg kami lalui mulai hari ini……..



Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

No comments: