Monday, May 10, 2010

~~hargai kenangan sambil mencipta kebahagiaan~~

""sejauh mana pun kita pergi… sekeras mana pun kita menidakkan, jika ‘hati’ masih begitu… selamanya ia kekal begitu. benar, mungkin mimik boleh melakonkan apa saja yang kita arahkan… dah mungkin juga, akan tiada siapa yang perasan. harus diingat, hati itu masih bersama kita… dah hati itu masih berasa. hanya kita… dan kita… yang mengetahui apa yang kita rasa. bahagia? benar kita bahagia… kerana bahagia itu terpulang bagaimana kita mentafsirkannya. ada manusia yang bahagia kerana dia berharta… dan ada juga manusia yang bahagia kerana dia ingin orang melihat dia sedang berbahagia… tetapi… ramaikah yang bahagia kerana mereka benar2 bahagia??. bila persoalan ini diajukan pada seorang sahabat, respon yang diberi cukup mudah (dan juga ikhlas mungkin)… “beb, manusia tetap manusia… tak akan pernah cukup dengan apa yang dia ada. nafsu selalu melebihi segalanya. apa yang penting ialah keikhlasan… penerimaan & kesyukuran atas apa yang kita ada, itu lebih utama. bahagia itu akan hadir hanya jika kita membenarkan ‘ia’ hadir. kita selalu merasa tidak bahagia kerana kita tidak menikmati apa yang kita miliki. mengingati ’sesuatu yang lalu’ adalah perkara biasa kerana ia adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita. menidakkannya pula adalah seperti menipu diri sendiri. membandingkan ’sesuatu yang lalu’ dengan apa yang kita miliki kini juga adalah tidak adil… kerana suasana & situasi kedua2 ’sesuatu’ itu adalah berbeza. anggap saja ’sesuatu yang lalu’ itu hanya sekadar catatan berwarna dalam perjalanan kehidupan kita, cukup sekadar menghargai… tidak untuk merindui” … dan jawapan ini benar2 menyedarkan diri. semoga jawapan ini juga mampu memberi manfaat kepada sahabat2 di luar sana… “cukup sekadar menghargai & tidak merindui“…dan semoga bahagia itu milik kita, insya-Allah""
aku terbaca sesuatu yg menarik dari seorg teman, so petikan berharga diatas aku hadiahkan utk bacaan korang...mungkin bukan dia je yg rasa begitu, aku, kowang pun sama gak..hati dan perasaan adalah menda yg tak mungkin blh ditipu wpun mulut sentiasa menafikannya..tapi setiap peristiwa adlh sejarah bernilai dlm hidup kite biarpun ia merupakan tangisan maupun sebuah tawa kebahagian...sst yg xkan dpt mampu kite beli dgn harta yg ada, ialah kenangan tersebut..
apsal aku ckp camtu ek...hehe setiap apa yg aku tulis mesti ada sbb ek...baru brapa hari lps aku berbual dgn sorg kwn, bercerita ttg hatinya yg masih merindui ssorg yg pernah berada dihatinya dan mungkin masih kekal disitu biarpun ruang itu sudah dimiiki isteri dan anaknya kini...tapi siapa kite nk menidakkan perasaan yg hadir, dh tolak dia dtg lg, dh cube buang...ewah2 tetap singgah kat tpt yg sama gak..disatu sudut yg pernah dia tinggal dulu..di ruang yg sgt istimewa, di "hati"..selama ni aku melihat kebahagiaan diwajahnya, siapa tau pagi2 sabtu baru nih ada cerita lama yg terbuka...hehe semoga apa yg ada dihati ko tu, ko simpan sbg kenangan indah yg buat ko tersenyum selalu, dan semoga tiada hati yg terluka kerana itu...argghh aku simpan rahsia seseorg, tp aku bgtau kat sini....jahatnya cik ida nihh..
aku tak salahkan dia...kdg2 aku pun sama..mencipta satu rasa istimewa dlm diri wpun kdg2 jauh kat sudut hati aku terasa kehilangan sesuatu yg pernah aku miliki....haha mungkin aku je yg rasa dia tak...ulpsss statement bahaya...hhaha..tapi mcm yg kawan aku bgtau bahagia tu kite yg cipta...wat apa bertanya pada kisah lama sedangkan yg ada bersama kite adlh jawapannya...bahagia itu dtg dr pemilik hati itu sndiri, so kite ciptakan bahagia bukan utk melupakan kenangan yg pernah dicipta, tapi sekadar lakaran perjalanan kite sbg hambaNya didunia ini....life kalau tak colourfull tak beshh la bebbb...mesti ada tawa, ada nangis, ada senyum dan ada suramnya....ermm sama2 doa agar bahagia milik kiter bersama.... toink2

1 comment:

Anonymous said...

tanx kak coz open my heart n my mind so wide....")
experience is a good teacher my sis....")