Tuesday, July 17, 2012

Selamat Datang Ramadhan


Selamat datang Ya Ramadhan….saban tahun kami menunggumu, bukan kerana lepas Ramadhan itu Syawal, maka boleh la meloncat2 main bunga api menjelang hari raya…ehhe itu zaman dulu, zaman paleolitik sebelum mengenal betapa berharganya bulan ini…..

Lets check apa kelebihan Ramadhan untuk kita buat checklist dan perbaikinya sementara Allah beri peluang dan mampu menarik dan menghembus nafas dengan sempura di dunia ini…toink3

Hadis1
Nabi SAW bersabda,
” Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim no:233)

Hadis2 Nabi SAW bersabda,
” Sesiapa sempat bertemu Raadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah ” (HR Ibn Hibban)

Hadis3 Nabi SAW bersabda,
” Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan di malamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan,”
(HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Hadis4 Nabi SAW bersabda,
” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
(HR Muslim)

Hadis5 Nabi SAW bersabda
,” Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampun oleh Allah.”
(HR Bukhari)

Ermmm banyak lagi yang kamu semua pun tahu rite….Cuma masih lagi memerhati sekeliling, perancangan ingin berubah menjadi terbaik, tapi kadang2 masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya, maka kita sentiasa mengharapkan perubahan terutamanya dalam bulan yang paling baik dan doa mudah dimakbulkan Allah…

Terdengar perbualan hamba Allah ini, bukan sengaja nak dengar ek, tapi kalau dh diberi peluang dengar apa salahnya kan, sambil2 baca buku dapat juga kita iktibar dari perbualan tersebut….nama di rahsiakan kerana tuuutttt…heheh (kisah dari hati, dtg dlm mimpi je nih)



Soalan 1

Aku mendengar dia mengeluh “ Mengapa hati tetap rasa tak tenang”

Dan hati nakal aku ni pulak yg tolong jawab “ Kamu tu manusia yang tau berjanji, tapi tak berani nak tunaikan setiap janji kamu” hehehh jahat betoi

Tapi jawapan sebenarnya ustazah ckp “kamu jauh dari Allah, sbb tu tak tenang”

Soalan 2

Aku mendengar dia mengeluh “ Mengapa bila dapat duit jer taaakk pernah cukup?”

Dan hati sengal aku tlg jawab lagi “ Tu la, suka mainkan org, meminjam mcm arnab tapi masa membayar mcm kura2, buat2 lupa plak tu”

Tapi jawapannya ustaz ckp “ mungkin duit yg kamu terima dari sumber yg tak sepatutnya ataupun hak org lain, sbb tu berada sekejap jer dlm tangan kita”

Soalan 3

Aku mendengar dia mengeluh lagi “kenapalah susah sgt nk dpt projek skrg ni, wpun mcm2 usaha dh buat”

Dan hati aku yg mengada ni tlg jwb lagi “ Alahai….tu la suka ckp besar, sentiasa rasa diri tu baik aje, org lain selalu slh pada mata ko, ha kn dh Tuhan tutup rezeki ko”

Hehehhe tp jawapan sebenarnya “setiap anak adam itu telah Allah tetapkan rezekinya, bila ia bkn hak kita, dah atas tapak tangan pun blh jatuh kat org lain juge, usaha, usaha dan usaha”

Soalan 4

Aku mendengar dia mengeluh “kenapa aku tak mcm org lain, sume sempurna, tapi aku?”

Nakal lagi hati aku ni “ What u give, u get back”

Tapi jawapan sebenarnya “ Hehehhe hanya Allah Maha Mengetahui”

Soalan 5

Aku mendengar dia bertanya “ Hanim, kamu dgr ker apa yg dibincangkn ini”

Ngeh3….makcik menipu…” Ape lak, kan tgh baca buku nihh, apa lak nk dgr2, bknnya gossip best pun” hehehe

Dan begitulah kisahnya hari ini……cerita menjelang Ramadhan…Mohon maaf atas semua kesilapan samada sengaja mahu pun tidak aku sedari kepada kalian semua…aku insan biasa (cewahhh) Honestly, ye aku mmg minta maaf pd semua, mana tau ini Ramadhan terakhir utkku..Jika ada hati terguris, jika ada yg masih terasa dihati, jika masih ada marah yang tersisa, maaf sekali lagi…..ye, maaf itu senang utk kita ucapkan, lps buat salah mintak maap, alwiz mcm tu kan, dan selagi peluang itu diberikan, ambillah…jangan sampai tiada peluang langsung diberikan kepada kita hanya kerana keegoan dan sedikit terkilan yang masih bersisa di hati…mmg sukar memaafkan, tapi mari belajar, kerana aku sendiri belajar meminta maaf dan memaafkan walaupun ada sisa gurisan dihati yang mungkin tak akan terpadam utk selama-lamanya.

Selamat Berpuasaaaaa……nk menyiapkan autogarage account yg bank statementnya enth kat mana haku letakkk…huwaaa pikir la kat mana kamu simpan cik ida oiiiiiiiii, fee dia kamu blh beli kasut ngn henbeg raya..ngeh3

No comments: